Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Wasiat Mahmoud Abu al-Rous yang baru sahaja dibunuh oleh Israel di al-Mawasi Khan Yunis, Gaza.

“Apabila saya mati, tolong—

Jika saya mati pada waktu pagi, kuburkan saya pada pagi itu;

jangan tinggalkan saya semalaman di bilik mayat.

Dan jika saya mati pada waktu malam, letakkan saya di dalam bilik saya, selimutkan saya, dan kuburkan saya apabila pagi tiba.

Apabila kalian datang untuk mengucapkan takziah, datang ke kubur saya.

Jangan semua beredar sekaligus-biarkan seorang tinggal bersama saya, membacakan doa, dan membaca (ayat suci al-Qur'an) di atas kubur saya.

Ingatlah hari-hari indah kita, gelak tawa, dan segala kenangan manis yang kita kongsi bersama.

Dan apabila kalian menziarahi kubur saya, jangan menangisIa sangat menyakitkan saya.

Saya tidak suka melihat sesiapapun menangis kerana saya.

Jika kalian ingin menyiarkan apa-apa di media sosial kalian, kongsikan gambar beserta doa untuk saya supaya orang lain juga boleh mendoakan saya.

Apabila kalian teringatkan saya, ingat yang baik-baik sahaja,

Doakan saya apabila saya mati,Doakan saya ketika engkau menurunkanku ke dalam kubur,

Doakan saya setiap kali saya terlintas di fikiran kalian—

Kerana saya lebih memerlukan doa kalian daripada apa-apa yang lain.

Apabila saya mati, jangan bersedih.

Katakan bahawa Allah telah memilih yang terbaik untuk saya.

Kerana pada saat itu,

Saya telah pergi kepada Pencipta alam semesta ini—

Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil—

Yang tidak pernah menzalimi hambaNya.

Dia akan lebih mengasihi saya lebih daripada ahli keluarga saya sendiri,

Kerana Dia menciptakan saya.

Jangan takut untuk saya, doakan saya dan jangan lupakan saya.

Senyuman saya akan kekal di hati semua orang yang mengenali dan menyayangi saya.

Apabila saya mati, lawatilah saya—Saya tidak suka bersendirian.

Dan bercakap dengan saya; ya, saya akan berada di sisi Tuhan,

Tetapi saya akan tetap mendengar dan merasai kehadiran kalian.

Apabila saya mati—maafkan saya.

Tiada siapa yang dijamin usianya.

Ini bukan sekadar satu hantaran (posting), ini adalah wasiat.

Saudaramu, Mahmoud Abu al-Rous.

Semoga kalian sentiasa dalam peliharaan Allah.

Sumber: X Supressed News

Written by
Admin
Published on
April 17, 2025