.png)
Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menegaskan bahawa pemusnahan dan pengusiran paksa masih berterusan di utara Tebing Barat yang dijajah.
Beliau menambah bahawa pengosongan kem pelarian Jenin, Tulkarem dan Nur Shams, serta keganasan oleh pendatang haram Israel telah memaksa ramai penduduk Palestin berpindah dari kediaman mereka.
Beliau turut menegaskan bahawa undang-undang Israel yang menyasarkan agensi UNRWA telah menyebabkan penutupan sekolah serta pemecatan kakitangannya secara de facto.
Beliau turut menegaskan bahawa masa depan Gaza dan Tebing Barat tidak boleh dipisahkan, sambil menekankan bahawa pengunduran Israel dari Gaza tidak seharusnya digunakan untuk mengukuhkan cengkaman penjajahan di wilayah Palestin yang lain.
Sumber: Al-Jazeera