Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa memberitahu para penggubal undang-undang yang menghadiri sebuah acara di Rumah Putih bahawa AS sedang bergerak pantas ke arah menamatkan perang dengan Iran.


“Kita akan menamatkan perang itu secepat mungkin. Mereka benar-benar mahu membuat perjanjian, mereka sudah penat dengan perkara ini,” kata Trump di Rumah Putih sambil menambah bahawa, “Mereka (Iran) memikirkan soal nuklear dan kami tidak akan membenarkan mereka memiliki senjata nuklear.”


“Saya rasa kita akan menamatkannya  secepat yang boleh dan mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikannya dengan cara yang sangat baik,” tambahnya.


Tambahnya lagi, “Tentera kita adalah yang terhebat di dunia. Kita telah memusnahkan tentera laut mereka. Tentera udara mereka sudah tiada. Sistem anti pesawat mereka sudah tiada. Semua kelengkapan yang mereka gunakan untuk berperang sudah tiada. Saya tidak mahu kata pemimpin mereka sudah tiada, kerana itu tidak begitu baik, tetapi itulah hakikatnya.” 


Iran pada Rabu menolak dakwaan tentera AS berhubung laporan serangan peluru berpandu ke atas sebuah sekolah rendah di bandar Minab, selatan Iran dengan menyifatkan penjelasan Washington sebagai alasan tidak berasas.


Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, melaporkan bahawa Komando Pusat AS (CENTCOM) cuba memutarbelitkan fakta dengan menggambarkan Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh sebagai sebahagian daripada fasiliti pelancaran peluru berpandu yang menjadi sasaran serangan.


Sumber: Anadolu Ajansi, Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
May 20, 2026