.png)
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad memberi amaran bahawa pemimpin tertinggi baharu Iran tidak akan bertahan lama tanpa kelulusannya.
“Beliau perlu mendapatkan kelulusan daripada kami. Jika beliau tidak mendapat kelulusan daripada kami, beliau tidak akan bertahan lama,” kata Trump dalam satu temu bual bersama ABC News.
“Saya tidak mahu orang ramai kembali dalam tempoh lima tahun untuk mengulangi perkara yang sama, atau lebih buruk lagi membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” katanya, menurut laporan Xinhua.
Majlis Pakar Iran telah memuktamadkan keputusan mengenai pemimpin tertinggi baharu negara itu, menurut laporan agensi berita separa rasmi Mehr pada Ahad. Trump sebelum ini berkata bahawa dia perlu terlibat secara peribadi dalam memilih pemimpin Iran yang seterusnya.
Pada 28 Februari, rejim haram Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Tehran dan beberapa bandar lain di Iran, yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, puluhan pegawai kanan serta komander tentera, selain ratusan orang awam.
Sumber: Bernama, Xinhua