Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Menurut HAMAS, serangan Zionis terhadap kemudahan dan anggota polis di Gaza pada Ahad bertujuan mengekalkan keadaan tidak aman serta mencetuskan kekacauan di semenanjung Gaza.


Dua anggota polis Gaza terbunuh pada awal Ahad dalam serangan Zionis ke atas kenderaan mereka di bandar Khan Yunis, selatan Gaza dalam pelanggaran terbaharu terhadap gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober lalu. 


“Serangan Zionis terhadap pasukan polis di Gaza merupakan kesinambungan jenayah dan keganasan penjajahan terhadap rakyat kami, bertujuan mengekalkan keadaan tanpa undang-undang, mencetuskan kekacauan serta menghalang sebarang usaha pemulihan dan pengembalian kehidupan normal di Gaza,” kata HAMAS dalam satu kenyataan. 


HAMAS menyeru masyarakat antarabangsa, pihak pengantara dan penjamin perjanjian gencatan senjata supaya memaksa penghentian pencerobohan penjajahan serta pelanggaran harian yang dilakukannya.


Gerakan itu turut menyeru supaya perlindungan dan bantuan yang diperlukan diberikan kepada rakyat Palestin.


Sejak gencatan senjata berkuat kuasa, tentera Zionis telah membunuh kira-kira 850 rakyat Palestin dan mencederakan 2,433 yang lain melalui pelanggaran berterusan melibatkan bedilan dan tembakan, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.


Perjanjian itu dicapai selepas dua tahun perang genosid Israel ke atas Gaza yang bermula pada Oktober 2023, mengorbankan lebih 72,000 orang, mencederakan lebih 172,000 yang lain dan menyebabkan kemusnahan meluas yang menjejaskan 90% infrastruktur awam.


Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
May 11, 2026