
Seorang penduduk Gaza terbunuh manakala 16 yang lain cedera dalam serangan Zionis yang menyasarkan khemah-khemah penempatan sementara di selatan semenanjung Gaza pada awal Jumaat, menurut sumber perubatan.
Sumber itu berkata serangan tersebut menyasarkan khemah-khemah menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal di kawasan al-Mawasi, barat Khan Yunis, di mana rejim penjajah mengisytiharkannya sebelum ini sebagai ‘zon selamat’.
Semalam, seramai 11 rakyat Palestin, termasuk lima anggota daripada keluarga yang sama terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara serentak Zionis yang menyasarkan pangsapuri kediaman di bandar Gaza.
Sembilan jenazah dan puluhan mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital al-Shifa, manakala sebahagian jenazah tiba dalam keadaan hancur serta sebahagian lagi melecur teruk, tambah sumber itu.
Genosid Zionis di Gaza sejak Oktober 2023 telah mengorbankan hampir 73,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 173,000 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, tentera Zionis telah membunuh sekurang-kurangnya 936 rakyat Palestin dan mencederakan 2,903 yang lain dalam serangan hampir setiap hari, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sumber: Anadolu Ajansi