Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Sekumpulan bayi pramatang yang dipindahkan keluar dari Gaza sebulan selepas bermulanya genosid kini kembali ke wilayah itu setelah lebih dua tahun. Keluarga akhirnya dapat bersatu semula dengan anak-anak mereka yang kini sudah menjadi kanak-kanak kecil, di tengah-tengah kemusnahan yang meluas.

Kanak-kanak tersebut merupakan sebahagian daripada bayi pramatang yang dipindahkan dari Gaza pada November 2023, sebulan selepas Zionis melancarkan perang genosid.

Seramai 11 kanak-kanak dibenarkan melintasi pintu sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir yang dibuka semula sebahagiannya oleh penjajah di bawah sekatan dan pemantauan ketat selepas berbulan-bulan ditutup. Ibu kepada salah seorang kanak-kanak tersebut, Suliman al-Haj berkata anaknya dipindahkan dari Hospital Helou ke Hospital al-Shifa. “Sejak itu saya tidak pernah melihatnya.”

Seorang ibu dan seorang nenek kepada salah seorang kanak-kanak turut berkata:“Saya sudah lama menunggu detik ini.”Sebelum pemindahan kecemasan pada tahun 2023, bayi-bayi tersebut dipindahkan ke unit rawatan neonatal lain selepas Hospital al-Shifa terputus bekalan elektrik, manakala bekalan dan susu bayi semakin berkurangan.

Empat daripada mereka meninggal dunia sepanjang tempoh pemindahan tersebut di mana ketika itu, hospital berkenaan berada di bawah kepungan Israel dan menjadi sasaran serangan hebat.


Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
April 1, 2026