Rumah Putih telah menolak cadangan Mesir untuk membina semula Gaza yang dipersetujui oleh pemimpin Liga Arab pada Selasa.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Brian Hughes, mereka percaya penduduk Gaza perlu diusir.
"Cadangan terkini dari Mesir tidak menfokuskan kepada realiti bahawa Gaza tidak boleh didiami. Penduduk Gaza tidak boleh tinggal di wilayah yang dipenuhi dengan serpihan dan sisa senjata letupan yang tidak aktif," tambahnya lagi.
"Presiden Trump berpegang pada visinya untuk membina semula semenanjung Gaza bebas daripada HAMAS."
Pemimpin Arab telah berkumpul di Kaherah untuk sidang kemuncak tergempar untuk membincangkan masa depan Gaza. Mereka meluluskan rancangan pembinaan semula Mesir yang merangkumi:
Pendirian Arab bersatu menentang pemindahan paksa rakyat Palestin.Sidang kemuncak itu mengesahkan penolakannya terhadap sebarang perpindahan paksa seperti yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini.
Rancangan itu diterima dan dipuji oleh Setiausaha Agung PBB, António Guterres yang menegaskan,
"Gaza tidak mempunyai masa depan di luar negara Palestin."
Sumber: Quds News Network