Latest News

Stay updated with the latest developments and news

RINGKASAN PERKEMBANGAN TERKINI: Setakat 18 April 2025 | 8 pagi


1. Sekurang-kurangnya 32 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas Gaza sejak subuh tadi, menurut sumber perubatan kepada Al Jazeera, dengan 23 daripadanya dilaporkan terkorban di wilayah utara Gaza.

2. Ketua HAMAS di Gaza menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk berunding bagi pertukaran semua tahanan dengan sejumlah tahanan Palestin yang dipersetujui, dalam sebuah perjanjian yang bakal menamatkan peperangan.

3. Sistem bantuan kemanusiaan di Gaza kini berada di ambang kehancuran sepenuhnya akibat sekatan berterusan Israel terhadap kemasukan bantuan dan bekalan sejak 2 Mac, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ketua-ketua 12 organisasi bantuan utama.

4. Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam serangan ke atas pelabuhan Ras Issa di Yaman selepas serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat, menurut saluran media Al Masirah TV yang bersekutu dengan kumpulan Houthi.

5. Sementara itu, ribuan pendatang haram Yahudi Israel menyerbu kawasan perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang masih berada di bawah penjajahan Israel.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
April 18, 2025