RINGKASAN PERKEMBANGAN TERKINI: Setakat 21 April 2025 | 8 pagi
- Tentera Israel terus menggempur Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang di seluruh semenanjung Gaza pada hari Ahad. Tentera Zionis turut menyasarkan kawasan yang digelar sebagai “zon selamat” di al-Mawasi.
- Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), yang kehilangan lapan anggotanya dalam serangan tersebut, menolak kenyataan pihak Israel sebagai “sarat dengan pembohongan” dan menggesa agar siasatan bebas dijalankan di bawah seliaan PBB.
- Israel melancarkan gelombang serangan ke atas selatan Lubnan, menyebabkan sekurang-kurangnya dua kematian.
- Pasukan tentera Amerika Syarikat meneruskan serangan mereka ke atas Yaman, dengan mengebom sebuah pasar popular di ibu negara Sana’a, membunuh 12 orang awam dan mencederakan 30 yang lain, menurut media berkaitan Houthi.
Sumber: Al Jazeera
Info terkini dan pantas di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin https://t.me/cintagaza