
Qatar menyatakan tahap ancaman keselamatan di negaranya kini berada pada paras tinggi dan menggesa penduduk supaya kekal berada di dalam rumah serta mengelakkan kawasan terbuka, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).
Kementerian Dalam Negeri Qatar menyeru orang ramai supaya berada di rumah atau lokasi selamat lain serta menjauhi tingkap dan ruang terbuka bagi memastikan keselamatan awam, lapor QNA.
Seluruh rantau kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat (AS) dan rejim haram Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran telah bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara haram Israel, serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS seterusnya menyebabkan kematian dan kerosakan infrastruktur, selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.
Sumber: Anadolu Ajansi