Latest News

Stay updated with the latest developments and news

PERKEMBANGAN TERKINI | Setakat jam 8 pagi, 16 Mei 2025


‍1. Sekurang-kurangnya 136 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan rejim Israel di seluruh Gaza sejak awal pagi tadi, termasuk serangan besar-besaran ke atas bandar Khan Younis di selatan yang mengorbankan puluhan nyawa.

2. Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa Hospital Eropah di Khan Younis kini tidak lagi beroperasi akibat serangan pihak rejim, sekali gus menjejaskan rawatan kritikal bagi pesakit kanser dan pesakit lain yang memerlukan penjagaan khusus.

3. PBB menyatakan ia tidak akan terlibat dalam operasi bantuan yang disokong Amerika Syarikat di Gaza, kerana inisiatif itu tidak memenuhi prinsip kemanusiaan asas seperti ketidakberpihakan dan kebebasan operasi.

4. Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa telah melancarkan peluru berpandu balistik hipersonik ke arah Israel, namun tentera Israel memaklumkan bahawa peluru berpandu itu berjaya dipintas.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
May 16, 2025