PERKEMBANGAN TERKINI | Sehingga jam 2 petang, 02 Mei 2025
1. Tentera Israel melancarkan serangan semalaman ke seluruh Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban, termasuk lima orang dalam serangan ke atas sebuah rumah di kem pelarian Bureij, tengah Gaza.
2. Sebuah dron milik tentera Israel telah menyerang sebuah kapal milik kumpulan aktivis Freedom Flotilla di perairan Gaza, ketika kapal itu cuba memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin tersebut, menurut kenyataan kumpulan itu kepada media AS.
3. Tentera Israel juga telah menyerang sasaran berhampiran istana presiden di Damsyik, dengan alasan untuk memberi amaran kepada kerajaan Syria supaya tidak menghantar pasukan ke selatan ibu kota atau mengancam komuniti Druze di negara itu.
4. Tentera Israel turut memaklumkan bahawa mereka telah berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman, dan memusnahkannya sebelum memasuki ruang udara Israel.
Sumber: Al Jazeera