PERKEMBANGAN TERKINI PALESTIN DAN ASIA BARAT | Sehingga jam 8 Pagi, 17 Mei 2025
1. Sekurang-kurangnya 115 penduduk Gaza terkorban ketika Zionis meningkatkan serangannya ke atas seluruh Gaza sejak subuh pada Jumaat.
2.Tentera Zionis menyatakan bahawa serangan secara besar-besaran dalam tempoh 24 jam lalu merupakan langkah awal dalam operasi Operation Gideon’s Chariots.
3. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata serangan baru ini bertujuan untuk menewaskan HAMAS, dan tentera Zionis tidak akan masuk dan kemudian keluar dari Gaza, membayangkan bahawa mereka akan menduduki wilayah itu secara berterusan.
4. Di bawah rancangan ini, Netanyahu turut menyatakan bahawa penduduk Gaza 'akan dipindahkan, demi keselamatan mereka' ke bahagian selatan wilayah yang sedang dikepung itu.
5. Rancangan ini telah dikecam hebat, dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyatakan bahawa ia sudah pasti akan mengakibatkan lebih ramai orang awam terbunuh dan kemusnahan yang berlanjutan ke atas Gaza.
6. Pemimpin Ireland, Sepanyol, Iceland, Luxembourg, Malta, Norway dan Slovenia telah menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah itu, sambil menyifatkan keadaan semasa sebagai satu bencana buatan manusia.
7. Donald Trump dilaporkan sedang merancang satu pelan yang bakal menyaksikan sehingga sejuta rakyat Palestin dipindahkan dari Gaza ke Libya. Amerika Syarikat turut menawarkan untuk melepaskan berbilion dana yang dibekukan sebagai pertukaran, menurut laporan NBC News.
Sumber: Al Jazeera