Latest News

Stay updated with the latest developments and news

PERKEMBANGAN TERKINI PALESTIN DAN ASIA BARAT | Sehingga jam 8 a.m, 19 Mei 2025

▫️Tentera Israel mengumumkan bahawa mereka telah memulakan operasi darat berskala besar di Gaza ketika angka kematian akibat serangan Israel pada hari Ahad meningkat kepada sekurang-kurangnya 144 orang.

▫️Tentera Israel telah mengepung Hospital Indonesia iaitu hospital utama yang masih beroperasi sebahagiannya di utara Gaza. Serangan tersebut memerangkap kira-kira 55 orang dan menyebabkan berkenaan terpaksa ditutup akibat keadaan yang sangat kritikal.

▫️Tentera Israel juga mengeluarkan arahan pemindahan paksa bagi kawasan tengah Gaza, termasuk al-Qarara di Deir el-Balah, selepas pejuang HAMAS melancarkan roket ke wilayah Israel, sebagai alasan untuk serangan darat terbaru.

▫️Kumpulan Houthi di Yaman pula berjanji akan melancarkan lebih banyak serangan ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion Israel dan lapangan terbang lain sebagai tindak balas terhadap peningkatan serangan ke atas Gaza dan pencerobohan ke atas Yaman.

▫️Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Israel akan membenarkan sejumlah bantuan asas kemanusiaan masuk ke Gaza, namun tidak dinyatakan dengan jelas bila bekalan itu akan dihantar ke wilayah berkenaan.

▫️Seorang pegawai kanan HAMAS berkata rundingan gencatan senjata masih diteruskan di Qatar, sambil menyatakan bahawa terdapat beberapa cadangan yang tidak boleh diterima dikemukakan. Pihak mereka juga sedang mengemukakan cadangan balas.

▫️Lebih 100,000 penunjuk perasaan berpakaian merah telah berhimpun di bandar The Hague, Belanda menuntut agar kerajaan negara itu menghentikan sokongan terhadap Israel. Sementara itu, sekumpulan ahli parlimen Itali dan Eropah turut mengadakan demonstrasi di hadapan pintu sempadan Rafah di Mesir, menuntut supaya perang dihentikan.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
May 19, 2025