Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Syarikat tinjauan dan analitik, Gallup mendedahkan simpati penduduk Amerika Syarikat (AS) terhadap orang Palestin mencapai paras tertinggi sepanjang masa dengan peningkatan sebanyak 6% daripada 33% berdasarkan rekod tahun lepas.

Pada masa yang sama, simpati terhadap penduduk haram Israel mencatatkan rekod paras terendah di AS dalam tempoh 24 tahun.

Hanya 46% di dalam tinjauan tersebut menyatakan simpati mereka bersama penduduk haram Israel berbanding penduduk Palestin sepanjang tempoh perang di Gaza. Rekod kedua terendah adalah pada 2001, setahun selepas Intifada Kedua yang mana berada di paras 51%.

Sejak ditubuhkan pada 1989, Gallup mendapati penduduk AS lebih menyokong Israel sebagai rakan sekutu berbanding penduduk Palestin dengan rekod sokongan mencatatkan 65%. Selepas daripada itu, rekod tersebut semakin menurun dengan paras terendah pada 1989 iaitu hanya 45%.

Melalui tinjauan yang sama juga, 40% respondan bersetuju dengan tindakan Trump menangani situasi di antara Israel dan Palestin.

Sumber: MEE

Written by
Admin
Published on
March 11, 2025