.png)
Pasukan keselamatan kumpulan pejuang Palestin dilaporkan telah melakukan serangan hendap ke atas sebuah kumpulan militia pengkhianat yang disokong rejim Israel di Khan Younis, selatan Gaza, mengakibatkan beberapa anggotanya terbunuh dan cedera.
Sumber tempatan menyatakan bahawa pihak pejuang berjaya menyasarkan sebuah kenderaan milik kumpulan militia tersebut, sebelum ianya meletup dan kemudian melibatkan campur tangan pihak tentera rejim Israel bagi membantu kumpulan itu.
Sumber tempatan mengesahkan, sebelum kejadian meletus, kumpulan militia yang disokong rejim Israel telah menyusup masuk ke kawasan tengah bandar Khan Younis pada petang Isnin semalam, sebelum ia diserang hendap oleh pasukan keselamatan kumpulan pejuang. Unit penentangan itu berhadapan dengan kenderaan yang dinaiki kumpulan militia tersebut yang cuba mara ke arah mereka.
Saksi mata memberitahu Quds News Network bahawa tiga buah kenderaan yang membawa individu yang bekerjasama dengan tentera rejim Israel—dan merupakan anggota militia pro-Israel—bergerak menuju ke bulatan Abu Hamid, sebelum unit keselamatan kumpulan pejuang secara langsung menyasarkan salah sebuah kenderaan tersebut dengan peluru, mengakibatkan letupan yang membakar kenderaan itu dan mengorbankan sejumlah anggota kumpulannya.
Sumber menyatakan bahawa anggota militia cuba menarik orang awam selepas menyusup masuk ke kawasan itu. Unit keselamatan kumpulan pejuang kemudian bertindak dengan melakukan serangan hendap yang terancang, yang mencetuskan pertempuran sengit.
Sumber turut menambah bahawa dron milik rejim Israel turut campur tangan dengan melepaskan tembakan ke arah para pejuang bagi memastikan pengunduran militia ke kawasan yang selamat.
Salah sebuah pasukan keselamatan di Gaza yang difahamkan mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang, Radaa, sempat menulis di Telegram selepas kejadian tersebut, “Seperti yang kami katakan, ‘Israel tidak akan melindungi kalian!’”Sumber:
Quds News Network