Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Selasa mengumumkan bahawa Israel telah meluluskan kemasukan sekitar 100 trak membawa bantuan ke Gaza. Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding hanya sembilan trak yang diluluskan sehari sebelumnya.Jurucakap OCHA, Jens Laerke berkata dalam sidang media di Geneva:
Ketika ditanya jumlah tepat bagi trak bantuan yang diluluskan, Laerke menjawab angkanya adalah sekitar 100.
Pengumuman ini dibuat sehari selepas hanya sembilan trak dibenarkan masuk melalui lintasan Kerem Shalom. Satu jumlah yang sangat sedikit untuk memenuhi keperluan kritikal penduduk Gaza. Daripada sembilan trak yang diluluskan pada Isnin, hanya lima yang berjaya memasuki Gaza disebabkan cabaran logistik di lintasan sempadan. Empat trak lagi tidak berjaya melintasi kerana proses pemindahan yang kompleks, termasuk pertukaran muatan antara trak.Lebih merumitkan, lima trak yang berjaya masuk itu masih belum dibenarkan untuk diagihkan kerana kawalan berterusan oleh pihak berkuasa Israel.
"Peringkat akhir kawalan Israel belum membenarkan trak-trak tersebut diserahkan kepada kami, tetapi pagi ini kami telah menerima kebenaran untuk mengambil kelima-lima trak tersebut," kata Laerke.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya kini telah menerima kebenaran untuk mengambil lebih banyak trak yang dijangka masuk pada hari tersebut.OCHA dan pelbagai agensi bantuan lain berusaha menuntut akses yang selamat, berterusan dan berskala besar ke Gaza, di mana bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api berada pada tahap yang sangat kritikal.
Sumber: Anadolu Ajansi