Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memaklumkan bahawa sembilan trak yang membawa bantuan kemanusiaan telah diluluskan untuk memasuki semenanjung Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, selepas Israel melonggarkan sekatan hampir tiga bulan.Menurut Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Tom Fletcher, pihak berkuasa Israel membenarkan penghantaran bantuan secara terhad susulan peningkatan serangan ketenteraan mereka.

“Ini adalah perkembangan yang dialu-alukan dan perlu dikekalkan,”

kata Fletcher dalam satu kenyataan.

“Namun ia hanyalah setitis dalam lautan berbanding keperluan mendesak yang sebenar. Bantuan yang jauh lebih besar perlu dibenarkan masuk ke Gaza, bermula pagi esok.”

PBB menjelaskan bahawa Gaza memerlukan sekurang-kurangnya 500 trak bantuan setiap hari untuk memenuhi keperluan asas penduduknya.Sementara itu, Penyelaras Aktiviti Kerajaan Israel di Wilayah (COGAT) memaklumkan bahawa lima trak termasuk makanan bayi telah memasuki Gaza melalui Kerem Shalom, penghantaran pertama sejak 2 Mac.Jurucakap PBB Stephane Dujarric pula menjelaskan bahawa sembilan trak yang membawa bekalan nutrisi telah diluluskan untuk memasuki Gaza dan sedang dalam proses menyeberang.

“Mereka telah melintasi dari wilayah Israel ke kawasan yang mana PBB boleh mengambil bekalan tersebut di dalam Gaza. Namun, proses pengambilan itu belum berlaku memandangkan hari sudah lewat, kemungkinan besar keadaan sudah gelap. Atas sebab keselamatan, kami tidak dapat beroperasi dan mengambil bekalan dalam keadaan itu,”

katanya kepada wartawan.

“Sudah tentu, sembilan trak lebih baik daripada tiada, tetapi kami memerlukan pertambahan yang ketara dalam bantuan kemanusiaan,” tambah Dujarric. “Kita perlu kemasukan besar-besaran makanan, minyak masak, dan bahan api untuk memenuhi keperluan ini.”

Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
May 20, 2025