Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Perdana Menteri wilayah haram Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tenteranya untuk memperluas penjajahan di selatan Lubnan, sambil berikrar untuk meneruskan serangan sehingga rejim haram Israel mencapai objektifnya, lapor Anadolu.


“Israel bertekad untuk mengubah secara menyeluruh situasi di wilayah utara,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video yang disiarkan di platform media sosial X. 


Netanyahu berkata operasi ketenteraan di Lubnan akan diteruskan, sambil menambah bahawa tentera haramnya akan bertindak sehingga matlamat mereka tercapai.


Tentera Zionis telah melancarkan serangan udara ke atas Lubnan dan memulakan operasi darat di selatan Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh Hizbullah pada 2 Mac.


Rantau tersebut berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat (AS) dan rejim haram Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.


Iran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara haram Israel, serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menjadi lokasi aset ketenteraan AS menyebabkan korban jiwa dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan.


Sumber: Middle East Monitor, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
March 30, 2026