Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pemimpin negara Arab bersetuju untuk melaksanakan pelan pembangunan Gaza yang diusulkan Mesir pada Selasa. Difahamkan kos pembangunan semula Gaza menelan perbelanjaan bernilai $53 bilion (sekitar RM235 bilion) dan tidak melibatkan pengusiran rakyat Palestin dari tanah air mereka.

Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menegaskan bahawa pelan ini adalah untuk mempertahankan hak rakyat Palestin untuk membangunkan semula dan bertahan di tanah air mereka. Pada masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa di dalam fasa seterusnya pelan tersebut, kader keselamatan Palestin akan dilatih agar dapat mengambil alih tanggungjawab menjaga keselamatan di semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, el-Sisi turut percaya bahawa Trump berupaya untuk menamatkan tekanan dan permusuhan di rantau itu.

Pelan yang diusulkan Mesir telah menenggelamkan visi Trump yang mahu mewujudkan Middle East Riviera di Gaza. Pada masa yang sama, Israel mengkritik cadangan tersebut dan HAMAS menyambut baik pelan yang disusun Mesir.

HAMAS juga telah bersetuju untuk tidak mencalonkan sesiapa di dalam jawatankuasa yang dicadangkan oleh Kaherah tetapi bersedia untuk memberi persetujuan kepada sebarang tugas, ahli dan agenda jawatankuasa yang akan bekerja di bawah pengawasan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Jurucakap HAMAS di Qatar, Hussam Badran memberitahu media Al-Arabiya bahawa kesediaan mereka itu berdasarkan perkara yang diputuskan sudah menjadi urusan dalaman Palestin,

"Kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak serantau atau antarabangsa terlibat. Selagi ada konsensus nasional, HAMAS tidak akan terlibat dalam urus tadbir."

Presiden Mesir juga mengumumkan bahawa negara itu akan menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa pada April depan untuk membincangkan usaha membina semula Gaza.

Sumber: The Palestine Chronicles, Reuters, Al-Arabiya

Written by
Admin
Published on
March 5, 2025