Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Pada 25 Julai lalu, dua orang lelaki warga Mesir, Mohsen Mustafa (27) dan Ahmed Sherif (23), memasuki Pejabat Keselamatan Mesir dengan membawa sepucuk pistol palsu sebelum mengunci pagar pejabat kerajaan itu dari luar dan menghalang pegawai daripada memasuki premis. Tindakan tersebut dilakukan sebagai desakan supaya kerajaan membuka pintu sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.


Di dalam premis tersebut, mereka mendedahkan dokumen yang menunjukkan ribuan tahanan kerajaan dipenjara atas tuduhan yang dianggap tidak munasabah, termasuk mengutip dana dan menyalurkan bantuan ke Gaza, memprotes kerajaan melalui media sosial serta pelbagai dakwaan palsu lain. Video pendedahan itu tersebar luas di media sosial dan kedua-duanya dilaporkan dibunuh oleh kerajaan Mesir selepas rakaman berkenaan tular.

Minggu lalu, Majed Othman, mantan pegawai kanan Mesir yang pernah berkhidmat di Agensi Keselamatan Negara selama tiga tahun, membuat pendedahan mengenai dakwaan kejahatan kerajaan Mesir. Beliau mendakwa kerajaan mencipta kes dan bukti palsu bagi memenjarakan individu yang menentang, menuduh rakyat tidak bersalah sebagai pengganas serta menyeksa mereka yang memprotes.


Beberapa hari selepas kenyataan Majed tular di media sosial, Menteri Dalam Negeri Mesir menafikan dakwaan tersebut dan secara berseloroh mendakwa keluarga Majed telah menyerahkan dokumen kepada kerajaan yang menyatakan beliau menghidap penyakit mental. Kenyataan itu dilihat sebagai usaha menghalang lebih ramai pegawai kerajaan daripada mengambil tindakan serupa.


Selepas Majed mengeluarkan kenyataan itu, polis Mesir menyerbu kediamannya, memukul serta menculik beliau. Keadaan dan lokasi Majed sehingga kini masih tidak diketahui.


Dalam pada itu, Yayasan Jiwar melaporkan bahawa sejak beberapa minggu lalu, kira-kira tujuh tahanan meninggal dunia di penjara selepas berminggu-minggu diseksa. Mereka merupakan individu yang memprotes kekejaman dan korupsi kerajaan El-Sisi.



Sumber: Now In Palestine

Written by
Admin
Published on
August 8, 2025