.png)
Menurut Pejabat Media Tahanan Palestin, tentera Israel pada Khamis telah membebaskan lima tahanan Palestin dari semenanjung Gaza selepas berbulan-bulan dipenjarakan.
Menurut kenyataan pejabat tersebut, kelima-lima tahanan itu telah tiba di Hospital Syuhada al-Aqsa, bandar Deir al-Balah, Gaza Tengah tanpa dinyatakan keadaan kesihatan mereka.
Beberapa bekas tahanan Palestin yang dibebaskan oleh rejim Zionis mendedahkan bahawa mereka mengalami penderaan fizikal, penyeksaan dan kekurangan makanan sepanjang berada dalam tahanan Israel.
Setakat ini, Israel dilaporkan telah membebaskan hampir 2,000 tahanan, termasuk kira-kira 1,700 dari Gaza, di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan HAMAS yang berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu.
Sebahagian besar daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang lemah ketika dibebaskan. Beberapa bekas tahanan turut berkongsi pengalaman pahit mereka, termasuk diseksa dan dihina oleh pengawal penjara Israel.
Lebih 10,000 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak masih ditahan di penjara Israel. Mereka dilaporkan terus berdepan dengan penyeksaan, kebuluran serta pengabaian rawatan perubatan — keadaan yang menurut organisasi hak asasi manusia Palestin dan Israel, telah meragut nyawa ramai tahanan.
Sumber: Middle East Monitor