Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Sempena Hari Tahanan Palestin, Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan bahawa lebih 9,600 rakyat Palestin kini ditahan dalam penjara Zionis, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut kenyataan tersebut, situasi tahanan Palestin kini mencerminkan krisis kemanusiaan dan perundangan yang serius. Daripada jumlah keseluruhan tahanan, seramai 84 orang adalah wanita, manakala 350 lagi merupakan kanak-kanak yang dilihat sebagai pelanggaran terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).

Selain itu, sebanyak 3,532 tahanan ditahan di bawah penahanan pentadbiran tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan. Seramai 1,251 tahanan dari Gaza pula diklasifikasikan sebagai ‘pejuang tidak sah’, sekali gus membolehkan penahanan mereka dilakukan tanpa jaminan perlindungan undang-undang yang mencukupi.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa lebih 330 penjawat awam Gaza ditahan, memberi kesan langsung kepada sistem perkhidmatan asas di wilayah tersebut.

Sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 89 tahanan dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan akibat penyeksaan, kebuluran dan pengabaian perubatan dengan 52 daripadanya berasal dari Gaza. Selain itu, sebanyak 97 jenazah tahanan masih ditahan oleh pihak Zionis.Secara keseluruhan, jumlah tahanan Palestin yang terkorban dalam penjara sejak tahun 1967 kini mencecah 326 orang.

Dari segi kesihatan, sekitar 1,200 tahanan dilaporkan menghidap penyakit kronik, termasuk 35 pesakit kanser yang tidak menerima rawatan sewajarnya. Dalam masa yang sama, 116 tahanan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Pejabat tersebut turut menegaskan bahawa angka-angka ini menunjukkan wujudnya dasar pelanggaran sistematik yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Geneva.

Sehubungan dengan itu, beberapa tuntutan utama dikemukakan, antaranya mendesak pihak rejim haram Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan tahanan, serta menggesa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelanggaran tersebut.

Mereka juga menyeru penubuhan jawatankuasa siasatan antarabangsa bebas serta pembebasan segera tahanan, khususnya dalam kalangan pesakit, kanak-kanak, wanita dan tahanan pentadbiran.


Sumber: Pejabat Media Kerajaan G

Written by
Admin
Published on
April 17, 2026