Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Tentera haram Israel telah menahan lebih 100 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat sejak bermulanya Ramadan, menurut sebuah kumpulan hak asasi Palestin.


Beberapa wanita dan kanak-kanak termasuk dalam kalangan mereka yang ditahan sejak  bermulanya Ramadan pada 18 Februari di kebanyakan wilayah Tebing Barat, termasuk Baitul Maqdis Timur, menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestin (PPS).


Kumpulan tersebut menambah bahawa penahanan tersebut disertai dengan pukulan teruk, keganasan terancang terhadap tahanan dan keluarga mereka, vandalisme serta kemusnahan meluas terhadap rumah penduduk serta rampasan kenderaan, wang dan barang kemas.


Lebih 9,300 rakyat Palestin kini ditahan di penjara penjajah, termasuk 350 kanak-kanak. Mereka berdepan penyeksaan, kebuluran serta pengabaian perubatan yang telah menyebabkan puluhan kematian, menurut pertubuhan hak asasi Palestin dan Israel.


Pihak penjajah meningkatkan operasi di Tebing Barat yang dijajah sejak 8 Oktober 2023.


Sekurang-kurangnya 1,117 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 11,500 lagi cedera dalam serangan oleh tentera dan pendatang haram Israel di Tebing Barat sepanjang tempoh tersebut.



Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
February 23, 2026