Pengarah Hospital al-Shifa di Bandar Gaza, Dr. Mohammed Abu Salmiya merayu agar bekalan darah dibenarkan masuk segera ke wilayah yang dilanda perang itu, sambil menyatakan bahawa ramai mangsa yang cedera mati setiap hari akibat kekurangan darah.
“Kami langsung tidak mampu menyediakan bekalan darah untuk mereka yang cedera dan sakit,” katanya. “Anak-anak muda datang kepada kami untuk menderma darah, namun akhirnya didapati mereka sendiri memerlukan pemindahan darah akibat kekurangan zat makanan yang teruk.”
Beliau menjelaskan bahawa petugas kesihatan kehilangan ramai mangsa yang cedera setiap hari akibat ketiadaan bekalan darah, sedangkan kemasukan mangsa baharu terus berlaku tanpa henti setiap minit.
“Kami tidak meminta apa-apa daripada dunia kecuali kemasukan segera bekalan darah ke semenanjung Gaza sekarang, bukan esok.”
Sumber: Al Jazeera