Latest News

Stay updated with the latest developments and news

HAMAS mengecam sekeras-kerasnya tuduhan yang dikeluarkan oleh Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkenaan dakwaan kononnya berlaku rompakan trak bantuan. HAMAS menegaskan bahawa tuduhan tersebut merupakan TUDUHAN TIDAK BERASAS sama sekali. Tuduhan itu dilemparkan atas alasan untuk membenarkan pengurangan bantuan kemanusiaan yang sudah sedia terhad, serta menutup kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menamatkan sekatan dan kebuluran yang dikenakan terhadap orang awam di semenanjung Gaza.

Lebih 1,000 pasukan polis dan keselamatan di Gaza syahid serta ratusan yang cedera ketika melaksanakan tugas mereka melindungi konvoi bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. SEGALA BENTUK KEKACAUAN DAN ROMPAKAN TELAH BERAKHIR SEBAIK SAHAJA TENTERA PENJAJAH BERUNDUR. Ini membuktikan bahawa penjajahlah satu-satunya pihak yang menaja kumpulan perompak dan mencetuskan kekacauan semasa kehadirannya.

HAMAS menegaskan bahawa tiada mana-mana institusi antarabangsa atau tempatan, mahupun mana-mana pemandu konvoi bantuan membuat laporan atau aduan mengenai kejadian seperti yang didakwa. Ini membuktikan bahawa rakaman yang dirujuk oleh CENTCOM adalah rekaan semata-mata,. Ia direka untuk membenarkan dasar sekatan dan pengurangan bantuan kemanusiaan.

Dan jika pesawat pengintip negara besar itu kononnya menangkap imej sebuah trak yang dirampas, maka pesawat yang sama tidak pula merakam atau merekodkan jenayah harian penjajah Israel. Jenayah yang dilihat dan disaksikan oleh seluruh dunia dengan mata hati dan nurani kemanusiaan mereka.

Pesawat-pesawat tanpa pemandu AS tidak merakamkan pembunuhan 254 rakyat Palestin sejak gencatan senjata bermula, di mana 91% daripada mereka adalah orang awam, termasuk 105 kanak-kanak, 37 wanita dan sembilan warga emas, serta 595 yang cedera. Antaranya melibatkan 199 kanak-kanak, 136 wanita dan 32 warga emas.

Pesawat-pesawat itu juga tidak merekodkan pelanggaran setiap hari terhadap 'garisan kuning', di mana penjajah menguasai kawasan melebihi 35 kilometer persegi, kira-kira 10% daripada keluasan Gaza serta pemusnahan rumah-rumah awam secara sistematik setiap hari di kawasan yang masih dikuasai tentera penjajah.

Pesawat tersebut tidak merekodkan bahawa kurang daripada 9.4% bahan api yang dijanjikan berjaya masuk (ke dalam Gaza). Pihak penjajah turut mengharamkan kemasukan sumber protein asas seperti telur, ayam dan daging yang telah dinafikan daripada rakyat awam selama dua tahun. Mereka yang kelaparan hanya menerima sedikit bantuan sementara keadilan dan pengawasan antarabangsa terus lenyap.

Purata bantuan yang masuk ke Gaza setiap hari tidak melebihi 135 buah trak bantuan, manakala selebihnya trak komersial yang tidak mampu dibeli oleh rakyat yang tertindas. Walaupun kami berulang kali menuntut agar jumlah trak bantuan ditambah dan trak komersial dikurangkan, namun berlaku adalah sebaliknya.

Kami ingin mengingatkan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat pihak perantara lain serta badan antarabangsa yang lebih neutral dan berwibawa yang tidak menyaksikan apa yang didakwa oleh Washington. Tindakan AS yang terus mengulangi naratif penjajah hanyalah memperdalam sifat berat sebelah tidak bermoralnya dan meletakkan AS sebagai rakan kongsi dalam sekatan dan penderitaan rakyat Gaza.

Pentadbiran AS yang menerima laporan tentang pelanggaran setiap hari tidak memerlukan pesawat tanpa pemandu untuk mengetahui hakikat jenayah tersebut. Sebaliknya, ia memerlukan sedikit sifat kemanusiaan serta tanggungjawab moral dan politik untuk berhenti membenarkan pelanggaran dan pencerobohan berterusan oleh penjajah, serta memaksa rejim itu mematuhi perjanjian dan menghentikan pelanggaran harian yang jelas di depan mata dunia.

Gerakan Pejuang Islam – HAMAS
Ahad, 11 Jumada al-Awwal 1447H
Bersamaan: 2 November 2025

Written by
Admin
Published on
November 3, 2025