Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Tuqa Ghazzawi diperintah berkurung di rumah datuknya dan dipisahkan dari keluarganya selama sebulan selepas empat hari ditahan reman atas kesalahan menyokong pasukan mujahidin Palestin, HAMAS.
Tuqa turut dikenakan denda sebanyak 3,000 shekels (~RM3,649.20), lapor media Palestinian Information Centre.
Pasukan polis Israel mendakwa mereka menahan Tuqa di Kota Lama Baitul Maqdis ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. Mereka menggeledah beg sekolahnya dan mendapati buku notanya tertulis slogan,
Kami akan menang atau syahid!
Kemenangan itu daripada Allah dan pembebasan itu semakin dekat!
Setakat Februari 2025, seramai 762 penduduk Palestin dari Tebing Barat ditahan rejim Israel. 19 orang daripada angka tersebut adalah golongan wanita dan 90 yang lain adalah kanak-kanak.
Sumber: MEMO, WAFA