Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Mantan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris memaklumkan bahawa Presiden Joe Biden memberi sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi membenarkan genosid di Gaza berlaku.


Menurut salinan buku terbaharu Harris berjudul 107 Days, beliau menulis bahawa beliau merayu kepada Biden supaya menunjukkan empati sama terhadap penderitaan rakyat Gaza seperti yang ditunjukkan kepada Ukraine. Namun, katanya, Biden tidak mampu berbuat demikian, sebaliknya lantang mengisytiharkan dirinya seorang Zionis, manakala kenyataannya mengenai rakyat Palestin yang tidak bersalah kedengaran tidak mencukupi dan dipaksa.


Harris turut menyatakan dalam bukunya bahawa kekalahan Biden pada 2024 bukan sahaja kerana kemerosotan sokongan rakyat, tetapi juga disebabkan Biden memberi ‘restu’ bagi tindakan Netanyahu di Gaza.


Semasa pentadbiran Biden, jurucakap Biden dan Harris menafikan bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan pendapat berhubung isu genosid di Gaza.


Pada siri awal jelajah bukunya, beliau dilaporkan menjauhkan diri daripada respons Biden terhadap genosid yang dilakukan oleh Israel, sambil turut mengecam Trump kerana memberikan Israel sokongan penuh.


Pada Rabu, beliau turut menyatakan sokongan kepada calon Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, seorang Demokrat yang lantang menentang serangan Israel di Gaza.


Beliau menjelaskan bahawa ketika menjawat jawatan naib presiden, beliau buat pertama kali bersuara secara terbuka mengenai kebuluran di Gaza kira-kira setahun setengah lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pentadbiran Biden kerana mengulas isu sensitif itu.



Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
September 27, 2025