Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menurut laporan Al Jazeera, tentera Israel meneruskan serangan darat di bandar Gaza pada Rabu. Serangan di seluruh wilayah Palestin sejak awal pagi telah meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa, termasuk 38 orang di bandar Gaza sahaja.

Sejak Oktober 2023, perang Israel di Gaza telah meragut sekurang-kurangnya 64,964 nyawa dan mencederakan 165,312 orang.

Angka korban meningkat selepas badan pemantau internet NetBlocks mengesahkan gangguan komunikasi di seluruh semenanjung Gaza. Kawasan utara Gaza, yang menjadi tumpuan utama serangan Israel, dilaporkan terputus hampir sepenuhnya. Sebelum itu, Pihak Berkuasa Telekomunikasi Palestin memaklumkan talian telefon dan sambungan internet lumpuh selepas serangan Israel menyasarkan laluan bekalan utama.

Perkembangan ini sekali lagi membuktikan usaha Israel memutuskan penduduk Gaza daripada dunia luar, sekaligus menutup jenayah yang dilakukan dengan cara melampau. Tindakan tersebut merupakan pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa, seiring dengan dasar kejam pembunuhan terancang terhadap penduduk Palestin termasuk wartawan.

Pada Selasa, Israel melancarkan serangan darat untuk menawan pusat bandar Gaza, sekali gus mencetuskan gelombang kecaman daripada negara serantau termasuk Qatar, tuan rumah rundingan gencatan senjata. 

Qatar menyifatkan serangan itu sebagai kesinambungan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Pada hari sama, Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan bahawa Israel telah melakukan genosid di Gaza.


Sumber: The New Arab

Written by
Admin
Published on
September 18, 2025