
Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan bahawa rejim haram Israel terus menghalang kemasukan bantuan kemanusiaannya ke semenanjung Gaza sejak Mac 2025. Hal ini menyebabkan bekalan penting terperangkap di negara-negara jiran.
Penghantaran bantuan kemanusiaan termasuk makanan, kit kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan masih disimpan di gudang-gudang di Mesir dan Jordan, tidak dibenarkan masuk ke Gaza selama berbulan-bulan.
Bantuan untuk menyelamatkan nyawa sudah sedia untuk dihantar. Tiada masa untuk dibazirkan,” tambah agensi itu.
UNRWA melaporkan bahawa pasukannya terus menyediakan perkhidmatan asas di lapangan dan menyeru agar kebenaran diberikan untuk meningkatkan penghantaran bantuan.
Rejim haram Israel mengharamkan operasi UNRWA di Baitul Maqdis Timur pada penghujung 2024 dan telah mengenakan sekatan yang semakin ketat terhadap agensi tersebut. Agensi itu turut dituduh mempunyai kaitan dengan HAMAS, namun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berulang kali menolak dakwaan berkenaan.
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 10 Oktober 2025, rejim haram Israel masih tidak membenarkan kemasukan jumlah bantuan kemanusiaan seperti yang dipersetujui ke Gaza. Tentera musuh dilaporkan melancarkan serangan udara hampir setiap hari di seluruh Gaza, melanggar gencatan senjata, mengorbankan 574 rakyat Palestin dan mencederakan 1,518 yang lain.
Sumber: Anadolu Ajansi