Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Terdapat bunyi letupan yang sangat jelas kedengaran secara berterusan di kawasan-kawasan Bandar Gaza. Serangan tersebut menyasarkan dua kawasan yang padat dengan penduduk iaitu kawasan kejiranan al-Zaytoun dan al-Shujaiyyah.

Lebih daripada separuh populasi penduduk di kedua-dua kawasan ini telah dipaksa untuk berpindah setelah arahan baharu dikeluarkan. Penduduk awam terpaksa berdepan dengan pemindahan tidak berpenghujung di semenanjung Gaza.

Situasi ini berlaku ketika operasi serangan bom bertalu-talu dilancarkan di wilayah utara Gaza.

Namun begitu, perkara yang lebih membimbangkan adalah penggunaan bahan letupan yang ditanam tentera Zionis di kawasan kejiranan yang padat dengan penduduk.

Bahan letupan tersebut ditanam sepanjang malam di bawah perlindungan ketat dron quadcopters penjajah dan kebanyakannya telah meletup sehingga memusnahkan sebahagian besar kediaman penduduk awal pagi ini.

Tentera Zionis telah memperluas operasi ketenteraan di kawasan timur bandar Deir al-Balah dan memaksa penduduk untuk berpindah ke kawasan barat bandar berkenaan.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
May 17, 2025