.png)
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz pada Jumaat lalu mengarahkan Pasukan Penjajah Israel (IOF) supaya meletakkan penanda fizikal di sepanjang garisan kuning — kawasan yang menandakan sempadan pengunduran tentera Israel mengikut syarat gencatan senjata semasa di semenanjung Gaza.
Menurut Katz, penanda itu bertujuan menandakan dengan jelas sempadan kawalan ketenteraan Israel, selain berfungsi sebagai amaran kepada HAMAS dan penduduk Gaza bahawa sebarang pelanggaran atau cubaan melintasi garisan tersebut akan dibalas dengan tembakan.
Susulan arahan itu, IOF dilaporkan telah mula menegakkan tiang penanda setinggi 3.5 meter bersama kubus di sepanjang garisan kuning.
Langkah tersebut secara tidak langsung mewujudkan sempadan baharu yang membahagikan semenanjung Gaza kepada dua bahagian utama, sekali gus meletakkan lebih 54 peratus kawasan wilayah itu di bawah kawalan ketenteraan penuh rejim Zionis.
Tindakan ini turut menyebabkan ribuan penduduk Palestin tidak dapat kembali ke rumah mereka yang terletak di kawasan kawalan penjajah, manakala mana-mana individu yang cuba melintasi garisan berkenaan berisiko tinggi untuk ditembak mahupun diserang bom secara langsung.
Sumber: The Times of Israel, The Jerusalem Post, Quds News Network