ISRAEL SEDANG ‘DIBAKAR’!
Disebabkan kebakaran hutan dan ribut pasir yang melanda selatan Palestin yang dijajah ketika ini, Tel Aviv dan beberapa bandar utama lain telah membatalkan sambutan “Hari Kemerdekaan” bertepatan dengan Hari Nakbah Palestin akan datang.
Media Israel melaporkan bahawa lebih 10,000 dunam tanah telah musnah susulan kebakaran di pergunungan Baitul Maqdis yang dijajah, dengan api turut merebak ke pangkalan tentera Israel.
Menurut media Israel, kerajaan Israel telah meminta bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran di pergunungan Baitul Maqdis.
Saluran 13 Hebrew melaporkan bahawa Menteri Luar Gideon Saar bercakap dengan menteri luar Cyprus, Croatia, Itali, dan Greece, meminta bantuan untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut.
Sumber: Quds News Network, MEE, TV al-Arabiy