Dalam tempoh 24 jam, tentera rejim Zionis telah melancarkan serangan udara ke atas dua hospital utama di Gaza iaitu Hospital Eropah Gaza dan Kompleks Perubatan Nasser dan mengakibatkan kemusnahan teruk dan pembunuhan beramai-ramai.
Menurut laporan daripada sumber tempatan, serangan udara yang menyasarkan perkarangan dan kawasan sekitar Hospital Eropah Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 28 kematian dan ramai lagi yang cedera.
Kebanyakan mangsa adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala hospital tersebut mengalami kerosakan struktur yang serius akibat serangan berkenaan.
Serangan ke atas Hospital Eropah Gaza ini merupakan serangan kedua terhadap fasiliti perubatan di Khan Yunis dalam tempoh 24 jam. Awal pagi Isnin, Kompleks Perubatan Nasser, hospital terbesar di Gaza turut menjadi sasaran. Menurut kenyataan dari Pejabat Media Kerajaan Gaza, beberapa pesakit dan petugas dilaporkan terbunuh dan cedera, termasuk wartawan terkenal Hassan Eslayeh.
Sumber: The Palestine Chronicles, Anadolu Ajansi