Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sekitar lewat jam 4 petang tadi waktu Malaysia, kerajaan Benjamin Netanyahu menuduh HAMAS menarik balik beberapa butiran perjanjian gencatan senjata.

Tuduhan yang sama juga menjelaskan mengapa kerajaan Netanyahu enggan bersidang selagi mana pihak pengantara tidak memberitahu Israel bahawa HAMAS telah menerima kesemua elemen yang ditetapkan di dalam perjanjian tersebut.

Menjawab kepada tuduhan tersebut, ahli biro politik HAMAS, Izzat al-Rishq menegaskan bahawa gerakannya komited dengan perjanjian gencatan senjata yang telah diumumkan oleh pengantara pada hari ini.

Ketika ini, tidak dinafikan Perdana Menteri Israel sedang menerima tekanan hebat daripada rakyatnya yang menuntut kepulangan tawanan Israel dan pada masa yang sama, gabungan sayap kanannya mengancam untuk menjatuhkan kerajaan semasa jika Netanyahu terlalu banyak membuat konsesi.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 16, 2025