Latest News

Stay updated with the latest developments and news


HAMAS menyeru rakyat Palestin, negara-negara Arab dan Islam, serta semua masyarakat bebas di seluruh dunia untuk menggerakkan segala usaha berikutan pencerobohan, pelanggaran dan penutupan berterusan Masjid al-Aqsa, selain peningkatan jenayah terancang oleh kerajaan penjajah terhadap tahanan Palestin dan yang terkini, kelulusan undang-undang jenayah hukuman mati.


Seruan ini termasuk mengambil bahagian dalam perarakan serta aktiviti besar-besaran di semua ibu kota, bandar dan ruang awam bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa serta menyatakan solidariti bersama para tahanan kita yang berani di penjara-penjara penjajah, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan datang bersamaan 3, 4 dan 5 April.


Biarlah hari Jumaat bersamaan 3 April menjadi hari mobilisasi besar-besaran dan kemarahan rakyat di seluruh dunia. Jumaat al-Masra (Al-Aqsa) dan al-Asra (Para Tahanan), sebagai tanda sokongan kepada Masjid al-Aqsa dan solidariti bersama tahanan di penjara-penjara Zionis.


Biarlah aktiviti solidariti terhadap Masjid al-Aqsa dan para tahanan diteruskan dan gerakan global yang menyokong perjuangan dan hak yang adil ini dihidupkan dan diperbaharui, sambil memperkukuh semua bentuk tekanan terhadap kerajaan penjajah agar menghentikan jenayahnya terhadap tanah air kita, rakyat kita, tempat-tempat suci kita dan para tahanan.

Sumber: Gerakan HAMAS

Written by
Admin
Published on
April 3, 2026