Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Ahli Biro Politik HAMAS, Dr. Kamal Abu Aoun menegaskan bahawa peringkat kepimpinan gerakan terus menjalankan usaha gigih dan berterusan sepanjang masa dengan pelbagai pihak demi mencapai perjanjian menyeluruh yang membawa kepada penghentian penuh serangan ke atas Gaza. Beliau turut menegaskan keterbukaan HAMAS terhadap inisiatif dan cadangan yang dikemukakan oleh para perantara.


Beliau menekankan bahawa rakyat Palestin di Gaza memainkan peranan penting dalam menggagalkan usaha rejim Zionis yang memaksakan sebuah pentadbiran yang mencurigakan dan tidak mewakili kepentingan serta nilai rakyat Palestin, sekali gus membuktikan bahawa semua projek keselamatan rejim penjajah di Gaza ditakdirkan untuk gagal dan akan dihadapkan ke pertanggungjawaban rakyat.


Beliau turut menegaskan bahawa negara-negara Arab dan Islam tidak terkecuali daripada ancaman projek Zionis, justeru perlu menyedari bahawa perjuangan ini bukan hanya milik Palestin, tetapi ia merupakan isu keselamatan nasional dan kepentingan strategik umat secara bersama. Palestin kekal sebagai benteng pertahanan pertama terhadap kepentingan tersebut.


Beliau juga menyatakan bahawa normalisasi hubungan dengan pihak penjajah tidak akan membawa kemakmuran, sebaliknya akan memperdalam ketundukan dan mengukuhkan hegemoni. Sebarang usaha ke arah normalisasi selepas serangan ganas ke atas Gaza ini, katanya, adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap Baitul Maqdis dan pengabaian tanggungjawab sejarah terhadap perjuangan Palestin.


Antara lain beliau menyebutkan bahawa Turkiye kekal sebagai antara penyokong utama rakyat Palestin, dan memainkan peranan penting dalam menyokong pendirian politik kumpulan muqawamah (penentangan), sambil menyatakan harapan agar usaha para perantara akan membuahkan hasil dalam waktu terdekat bagi mencapai gencatan senjata dan memulakan proses pembinaan semula semenanjung Gaza.


Rabu, 07 Muharram 1447H

Bersamaan: 02 Julai 2025M

Laman Rasmi – Gerakan HAMAS

Written by
Admin
Published on
July 4, 2025