Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Menurut sumber perubatan tempatan, sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin cedera selepas muatan bantuan yang dijatuhkan dari udara menimpa khemah yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza Utara.


Tentera Israel pada Sabtu mengumumkan bahawa mereka telah melaksanakan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membenarkan dan memudahkan kemasukan bantuan ke semenanjung Gaza.


Beberapa muatan bantuan lain pula dijatuhkan jauh dari kawasan penempatan sementara penduduk di Gaza Utara dan lebih hampir dengan kawasan yang dikuasai tentera Israel.


Sementara itu, tentera Israel pada Ahad memulakan ‘jeda taktikal’ di beberapa kawasan Gaza dan membuka koridor kemanusiaan baharu, selepas berbulan-bulan menerima tekanan antarabangsa.


Menurut wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud, penghantaran bantuan melalui udara yang dilakukan sebelum ini tidak berkesan, tidak sampai kepada penduduk yang memerlukan, malah mencetuskan kekacauan dan keganasan.


Beberapa kerajaan Eropah dan Arab telah melaksanakan penghantaran bantuan melalui udara ke Gaza pada tahun 2024 susulan sekatan Israel terhadap penghantaran melalui darat. Namun, ramai badan kemanusiaan menganggap kaedah itu tidak berkesan, memandangkan bantuan sering tersasar, sukar diagihkan dan tidak sampai kepada golongan yang memerlukan.


Menurut Ketua Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini: 


“Bantuan udara tidak akan menghentikan kebuluran yang semakin kritikal. Ia mahal, tidak efisien dan boleh membunuh orang awam yang sedang kebuluran.”

Sumber: Al-Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 28, 2025