Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Jumlah kanak-kanak yang mati akibat kekurangan zat makanan di Gaza telah meningkat kepada 66 orang, menurut pengumuman Pejabat Media Kerajaan pada hari Sabtu. Kematian ini berlaku susulan sekatan berterusan Israel, serta penutupan lintasan sempadan dan sekatan ke atas bekalan susu formula bayi, makanan, serta suplemen nutrisi.


Dalam satu kenyataan media, pejabat tersebut berkata kematian ini adalah hasil dasar yang disengajakan oleh penjajah Israel untuk membuat rakyat kebuluran khususnya bayi dan mereka yang sakit. Ia menggambarkan dasar kebuluran sebagai senjata – merupakan satu jenayah perang dan terhadap kemanusiaan.


“Ini bukan pengabaian. Ini adalah pemusnahan,” kata kenyataan itu.


Pasukan Israel telah menghalang kemasukan susu formula bayi dan suplemen selama berbulan-bulan. Pejabat media itu juga memberi amaran bahawa lebih ramai kanak-kanak dan pesakit akan menghadapi maut sekiranya sekatan tidak ditamatkan segera.


Pejabat itu mengecam sikap membisu masyarakat antarabangsa, menyifatkannya sebagai pengkhianatan terhadap hak asasi manusia paling asas dengan meletakkan  Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian ini. Ia turut menyalahkan rakan sekutu Israel, termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Perancis dan Jerman kerana membenarkan genosid ini di Gaza.



Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
June 30, 2025