Puluhan jentolak D9 Caterpillar dan peralatan lain telah tiba di Israel dari Amerika Syarikat (AS) setelah penghantarannya sebelum ini dibekukan oleh pentadbiran Joe Biden berikutan tindakan genosid Israel di Gaza.
Menurut Kementerian Pertahanan Israel, penghantaran tersebut yang diterima di Pelabuhan Haifa merupakan pertukaran ketenteraan terbesar dalam sejarah wilayah haram Israel.
Pada November tahun lalu, pentadbiran Biden telah membekukan penjualan jentolak D9 susulan penggunaannya oleh tentera Israel untuk meratakan rumah-rumah penduduk di Gaza.
Anggaran terkini menunjukkan kira-kira 70% struktur bangunan di Gaza telah musnah sepenuhnya atau mengalami kerosakan teruk. Dalam pada itu, satu laporan daripada Haaretz minggu ini mendedahkan bahawa kerja-kerja perobohan bangunan telah disumber luar kepada pemandu jentolak yang dibayar mengikut kadar bangunan: 2,500 shekel bagi bangunan kecil dan 5,000 shekel bagi bangunan besar.
Menurut seorang Profesor Undang-undang Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia di Queen Mary University of London, Neve Gordon, konsep jentolak yang kini menjadi salah satu senjata utama dalam genosid dan peperangan adalah sesuatu yang sangat baharu.
“Apa yang berlaku di Gaza bukan sekadar pemusnahan beberapa bangunan, tetapi pemusnahan seluruh kampung dan bandar,”
kata beliau.
Menurut Kementerian Pertahanan, sejak bermulanya genosid pada 7 Oktober 2023, sebanyak 870 pesawat kargo dan 144 kapal telah menghantar lebih 100,000 tan senjata dan peralatan ketenteraan ke wilayah haram Israel, kebanyakannya dari AS.
nurut laporan terbaharu oleh projek Costs of War dari Universiti Brown, pentadbiran Joe Biden mencatat rekod dengan membelanjakan sekurang-kurangnya $17.9 bilion dalam bentuk bantuan ketenteraan kepada Israel dalam tempoh setahun selepas bermulanya serangan ke atas Gaza.
Sementara itu, Presiden Trump pula telah membatalkan beberapa langkah yang diambil oleh pentadbiran terdahulu, termasuk menyambung semula penghantaran senjata berat yang dibekukan oleh Biden dan menarik balik sekatan ke atas rejim Israel.
Sumber: Quds News Network