Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Mantan Jeneral Tentera Israel, Amiram Levin, menyifatkan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza sebagai satu bentuk genosid dan jenayah. Kenyataan itu dibuat hanya beberapa hari selepas dua pertubuhan hak asasi manusia terkemuka di Israel , B’Tselem dan Physicians for Human Rights secara rasmi menyatakan bahawa Israel sedang melakukan genosid.


“Arahan kerajaan adalah jenayah. Mengarahkan tentera menembak kanak-kanak yang kelaparan dan ibu bapa mereka yang sedang mencari sekeping roti, hanya kerana mereka dikelilingi dua pengawal Hamas, adalah satu jenayah. Ini adalah genosid. Itulah yang kita lakukan,” tegas Levin.


Levin, yang pernah mengetuai Komando Utara Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Agensi Perisikan Mossad, turut memberi amaran bahawa tindakan Israel akan memberi kesan jangka panjang terhadap keselamatan dan moral negara itu.


Pada tahun 2023, Levin pernah menyamakan layanan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dengan kekejaman rejim Nazi Jerman, sambil menyifatkannya sebagai satu bentuk apartheid sepenuhnya.


Pandangannya kini jelas berubah secara drastik. Dalam satu wawancara bersama akhbar harian Israel, Maariv pada tahun 2017, Levin pernah menyatakan bahawa rakyat Palestin layak menerima pendudukan.


Seorang penulis Israel yang pernah memenangi pelbagai anugerah, David Grossman, turut menyifatkan serangan Israel ke atas Gaza sebagai genosid, selepas sekian lama enggan menggunakan istilah tersebut.


Dalam satu temu bual yang disiarkan pada Jumaat oleh akhbar Itali, La Repubblica, penulis dan aktivis keamanan terkenal itu berkata:

 
“Saya tanya diri saya sendiri, bagaimana kita sampai ke tahap ini?”


Grossman mengakui bahawa kini dia tidak dapat lagi mengelak daripada menggunakan perkataan ‘genosid’ untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku.

Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
August 4, 2025