Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Agensi berita, Associated Press (AP) melaporkan bahawa pegawai dari Mesir dan HAMAS telah mengesahkan kesahihan dokumen tersebut. Berikut adalah laporan AP:

Fasa 1: (42 Hari)

  • HAMAS membebaskan 33 tawanan, termasuk wanita awam, tentera wanita, kanak-kanak, dan orang awam berumur lebih 50 tahun.
  • Pada hari pertama gencatan senjata, HAMAS akan membebaskan tiga tawanan, diikuti dengan empat orang lagi pada hari ketujuh. Selepas itu, pembebasan akan dilakukan secara mingguan.
  • Israel membebaskan 30 tahanan Palestin bagi setiap tawanan awam (orang awam) dan 50 tahanan bagi setiap seorang tentera wanita.
  • Pertempuran dihentikan, dan tentera Israel berundur dari kawasan berpenduduk ke pinggir Semenanjung Gaza.
  • Penduduk yang berpindah mula pulang ke rumah mereka; lebih banyak bantuan memasuki Gaza.

Fasa 2: (42 Hari)

  • Pengisytiharan keamanan yang berterusan.
  • HAMAS membebaskan baki tawanan lelaki (tentera dan orang awam) sebagai pertukaran dengan jumlah tahanan Palestin yang masih belum dirundingkan dan pengunduran penuh tentera Israel dari Semenanjung Gaza.

Fasa 3:

  • Pertukaran mayat tawanan Israel yang telah meninggal dunia dengan mayat pejuang Palestin.
  • Pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza.
  • Pembukaan semula lintasan sempadan untuk pergerakan keluar dan masuk Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 15, 2025