Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menegaskan bahawa Israel bertindak secara unilateral dalam serangan ke atas Iran tanpa penglibatan AS.

"Malam ini, Israel bertindak sendirian terhadap Iran. Kami tidak terlibat dalam serangan ini dan keutamaan kami adalah untuk melindungi pasukan Amerika di rantau ini," kata Rubio dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberi amaran: "Iran tidak seharusnya menyasarkan kepentingan atau anggota AS.”

Menurut Rumah Putih, Presiden AS, Donald Trump akan mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara pada pagi Jumaat.

Ketua Staf Tentera Israel, Eyal Zamir berkata puluhan ribu tentera telah dikerahkan di semua sempadan, “Kita sedang berada di tengah-tengah sebuah saat bersejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini adalah satu operasi penting untuk mencegah ancaman terhadap kewujudan kami daripada musuh yang benar-benar berhasrat untuk memusnahkan kami.”

Serangan ke atas Iran telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak secara mendadak, menjejaskan pasaran saham global dan mendorong pelabur beralih kepada aset selamat.

Pegawai dari AS  dan Iran, bersama perantara dari Oman dijadualkan mengadakan pusingan keenam rundingan mengenai program pengayaan uranium Iran pada hari Ahad. Namun, susulan daripada serangan terkini, rundingan itu menemui titik buntu.

Trump berkata pada Khamis bahawa serangan Israel ke atas Iran berpotensi untuk berlaku dan beliau menegaskan harapannya untuk penyelesaian aman.

Tentera AS kini sedang merancang pelbagai langkah kecemasan di Timur Tengah, termasuk kemungkinan perlu melakukan pemindahan rakyat awam Amerika dari kawasan terjejas, menurut seorang pegawai AS kepada Reuters.

Sumber: Reuters

Written by
Admin
Published on
June 13, 2025