Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Briged Al-Qassam telah memberi amaran bahawa serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan kawasan Semenanjung Gaza boleh menjejaskan keselamatan tahanan Israel menjelang pelaksanaan perjanjian pertukaran tahanan pada Ahad, 19 Januari 2025.

Abu Ubaidah, jurucakap Briged Qassam memaklumkan bahawa tentera rejim Zionis menyasarkan lokasi salah seorang tawanan wanita Israel yang termasuk dalam senarai pembebasan tahanan bagi fasa pertama perjanjian itu.

“Sebarang pencerobohan dan pengeboman yang dilancarkan oleh musuh pada waktu ini boleh mengubah pembebasan seorang tawanan menjadi sebuah tragedi,” kata Abu Ubaidah.

Nasib tawanan wanita Israel berikutan serangan yang dilaporkan masih tidak diketahui.

Perjanjian gencatan senjata, yang telah dicapai pada hari Rabu, termasuk pertukaran 33 orang tawanan Israel untuk ratusan orang tahanan Palestin di penjara Israel. Seperti yang ditetapkan, gencatan senjata akan berkuat kuasa pada Ahad ini.

Beberapa jam selepas pengumuman itu, pesawat udara rejim Zionis melancarkan 'neraka' di seluruh Gaza dan mengakibatkan lebih banyak korban dan kecederaan. Setakat ini lebih 80 orang syahid dalam tempoh 24 jam.

Sebagai tindak balas, pasukan pejuang Palestin membedil kedudukan Israel di sepanjang Koridor Netzarim, selatan Bandar Gaza.

Perkembangan itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan perjanjian gencatan senjata di tengah-tengah keganasan serangan rejim Zionis yang berterusan.

Sumber: The Palestine Chronicles, Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 17, 2025