
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) melaporkan bahawa pendatang haram Israel telah melakukan 71 serangan terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat dalam tempoh seminggu.
Laporan itu menyebut, separuh daripada serangan berkenaan berlaku ketika musim menuai zaitun, menjejaskan 27 kampung di beberapa wilayah pentadbiran Tebing Barat.
Serangan tersebut menyebabkan 99 penduduk Palestin cedera serta mengakibatkan kerosakan besar pada tanah pertanian dan peralatan menuai, sekali gus menjejaskan hasil pengeluaran zaitun tempatan.
Laporan itu memberi amaran mengenai peningkatan keganasan oleh pendatang haram Israel sepanjang musim menuai zaitun tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, sekali gus menambah penderitaan para petani dan mengancam keselamatan pengeluaran makanan tempatan.
Sumber: Quds News Network