Latest News
Stay updated with the latest developments and news
Fasa Pertama
- Tentera Israel akan berundur sehingga 700 meter (2,297 kaki) di dalam Gaza.
- Israel akan membebaskan kira-kira 2,000 orang tahanan Palestin, termasuk 250 orang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
- HAMAS akan membebaskan 33 orang tawanan Israel.
- Israel akan membenarkan mangsa yang mengalami kecederaan di Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan.
- Israel akan membuka Lintasan Rafah dengan Mesir selama 7 hari selepas fasa pertama bermula.
- Tentera Israel akan mula berundur dari Koridor Philadelphia yang terletak di sempadan Gaza - Mesir, sebelum berundur sepenuhnya pada fasa seterusnya.
Fasa Kedua
- Jika Israel memenuhi syarat, HAMAS akan membebaskan semua tawanan yang masih hidup, kebanyakannya terdiri daripada tentera lelaki. Sebagai jaminan, Israel perlu membebaskan lebih ramai rakyat Palestin yang ditahan di dalam penjara Israel.
- Berdasarkan dokumen semasa, tentera Israel akan memulakan pengunduran sepenuhnya dari Gaza.
Fasa Ketiga
- Sekiranya syarat fasa kedua dipenuhi, fasa ketiga adalah diteruskan dengan pemulangan mayat tawanan Israel. Sebagai jaminan, rancangan pembinaan semula Gaza untuk 3 hingga 5 tahun akan dijalankan di bawah pengawasan pihak antarabangsa.
- Ketika ini, masih tiada kata sepakat siapakah yang akan mentadbir Gaza sepanjang gencatan senjata berlangsung. Amerika Syarikat (AS) telah mendesak agar Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menubuhkan kerajaan baharu di Gaza.
Sumber: Al Jazeera
Published on
January 16, 2025