Pengaruh Yasser Arafat dan Kem Penempatan Sementara Penduduk Palestin Di Lubnan

Wajah Yasser Arafat dan logo rasmi Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) boleh dikatakan ‘bersepah-sepah’ di mana-mana kem penempatan sementara Palestin di Lubnan, terutamanya di Beirut seperti Burj el-Barajneh, Burj Shemali dan Rashidieh.
Yasser Arafat adalah Bapa Rakyat Palestin.
Ungkapan di atas secara tidak langsung membuktikan pengaruh Yasser Arafat masih berakar di dalam jiwa rakyat Palestin walaupun beliau dilihat sebagai hero Palestin dan pemimpin kontroversi – refleksi kepada kegagalan Perjanjian Oslo dan perjuangannya dalam mempertahankan tanah air.
Sejarah Kem Penempatan Sementara Palestin di Lubnan
Majoriti kem penempatan sementara Palestin di Lubnan diwujudkan pasca an-Nakbah; bermula 1948 sehingga paling lewat, 1956. Daripada 12 kem, hanya dua kem penempatan sahaja yang diwujudkan sebelum an-Nakbah iaitu Kem El Buss (1939) dan Rashidieh (1936). Kedua-dua kem ini memiliki sejarah panjang kerana pada awal penubuhannya adalah untuk menempatkan pelarian Armenia yang menjadi mangsa genosid sistematik Young Turks di Armenia.
Pada 1950, Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mewujudkan kem pelarian Palestin di El Buss selepas pelarian Armenia berpindah ke Anjar. Kemudian, pada 1963, kawasan baharu di Rashidieh dibangunkan untuk penempatan pelarian Palestin. Secara tidak langsung, di kem Rashidieh ada dua seksyen penempatan – lama; menempatkan pelarian Armenia dan baharu; menempatkan pelarian Palestin.
Manakala, 10 kem yang lain memulakan operasi pada 1948, selari dengan keperluan pelarian Palestin yang dihalau dari negara asal mereka dalam episod hitam penjajahan Zionis pada 15 Mei tahun yang sama.
Pelarian Palestin, Yasser Arafat dan Lubnan
Lubnan adalah sebuah negara yang asing untuk disebut dan didengari. Kebanyakan masyarakat lebih peka dengan Syria, Jordan dan Palestin walaupun Lubnan merupakan jiran kepada negara-negara tersebut.
Dalam rekod 2023, Lubnan berada di tempat ketiga dengan jumlah populasi pelarian Palestin tertinggi, hampir 490,000 orang selepas Jordan (2.5 juta orang) dan Syria (680,000 orang). Rata-rata pelarian Palestin di Lubnan berasal dari kawasan utara Palestin seperti perkampungan di al-Jalil (Galilee) dan kawasan perairan seperti Yafa, Haifa serta Akka.

Tidak pelik sebenarnya mengapa pelarian Palestin di Lubnan pada hari ini hidup sekadar untuk hidup dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bayangkan dengan 75 sektor pekerjaan disekat; rawatan kesihatan di klinik kerajaan atau hospital swasta tidak dibenarkan, malah ada juga mengenakan caj empat kali ganda lagi mahal, adakah kita masih mahu katakan nasib mereka terbela walaupun sudah lebih 70 tahun di negara tersebut?
Kepincangan hidup pelarian Palestin di Lubnan dibutakan dengan krisis di tanah air mereka. Benar, tempat mereka jauh lebih dahsyat dibedil Israel sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Malah, ada disebutkan betapa daifnya penempatan pelarian Palestin di Lubnan berbanding negara lain:
“Untuk menyelami kehidupan penduduk Palestin, boleh tengok sendiri suasana pelarian Palestin di Lubnan.”